Sunday, September 28, 2014

Nak cuba buat aiskrim Paddle Pop sendiri? Gerenti jadi!

Posted by DazzlingVitamin  |  No comments


Selamat huiung minggu semua, hari ini saya nak kongsi resepi dan cara-cara membuat aiskrim pelangi @ Paddle Pop  sendiri. Sejak dua menjak join group masak- memasak kat Facebook, keterujaan nak cuba resepi  itu ini sangatla membuak-buak..hihi..faktor umur meningkat gamaknya.




Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan ice cream yang nampak lazat ini. Senang je kan?
1 tin susu cair
3 sudu besar susu pekat
3 sudu besar gula
2 sudu besar ovalatte
1 penutup esen vanilla
pewarna makanan

 CARA MEMBUATNYA:

Mula-mula masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer. Mix kira-kira 20 minit.

 
Pengedar Shaklee Putrajaya, resepi aiskrim

 
Bila adunan sudah kental (ala-ala bertanduk gitew), bahagikan kepada beberapa bahagian.
 
 
 
 
Campurkan pewarna yang kita ada. Kacau sebati dan ketepikan.

 

 

Susun bekas-bekas kecil untuk mengisi adunan ini. Sudukan perlahan warna demi warna ke dalam bekas kecil tersebut hingga penuh.

 


 
Tutup penutup dan masukkan ke dalam freezer up to 8 jam untuk dibekukan.



Pengedar Shaklee Putrajaya, resepi aiskrim homemade
Ais Krim Paddle Pop dah ready untuk dibekukan :)
 

 

Ini lah hasil Aiskrim Pelangi aka Paddle Pop kita.

 



Mudah je kan?Selamat mencuba. Anak saya memang suka sangat aiskrim ni.
..
...
....
.....
.......
 

oh ya, saya juga adalah Pengedar Shaklee Putrajaya

Puan Fazni Muhamad Puad

019-2667817 
COD di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Dengkil, Sepang.
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!

3:48:00 PM Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

Proudly Powered by Blogger.
back to top