Monday, September 29, 2014

SAKIT LUTUT BERKURANG DALAM MASA YANG SINGKAT? Nak Tahu Bagaimana?

Posted by DazzlingVitamin  |  No comments

Pengenalan Sakit Lutut


Sakit lutut adalah fenemona biasa yang dialami oleh kebanyakkan dari kita. Dengan masyarakat yang semakin aktif, bilangan masalah sakit lutut semakin meningkat. Abah saya adalah salah seorang dari jutaan yang menghadapi situasi ini.
Rasanya dah lebih 15 tahun abah ada masalah dengan lututnya. Abah saya seorang yang sangat aktif semasa usia mudanya. Apa je jenis sukan, semua dia belasah main. Sepak takraw, bola sepak, hoki memang sukan feveret dia. Tapi tu la, masa muda xrasa sangat kesannya, bila lani baru la mula sakit-sakit lutut, sakit sendi. Dah berapa kali buat operation dan amik suntikan untuk sembuhkan sakit lutut tu.

 

Pengedar Shaklee Putrajaya, sakit lutut, sakit sendi
 
 
Walaupun umur adalah faktor risiko utama bagi osteoarthritis lutut, kita yang muda remaja ni boleh kena sakit lutut juga tau. Tau ke tak tau? hihihi.. Bagi sesetengah individu pula,  ia mungkin disebabkan oleh keturunan. Osteoartritis lutut boleh menyebabkan kecederaan atau jangkitan akibat dari berat badan berlebihan.
 
Mari saya kongsikan apa sebenarnya osteoartritis lutut.  Bagaimana kita boleh merawat dan apa yang kita boleh lakukan untuk  meringankan kesakitan jika kita di rumah.


Apa itu Osteoartritis?
Osteoartritis terjadi apabila kusyen semula jadi antara sendi - tulang rawan menjadi haus. Apabila ini berlaku, tulang-tulang sendi menjadi lebih rapat antara satu sama lain dan kurang menyerap hentakan.


Siapa yang biasa akan dapat Osteoartritis lutut?


Osteoartritis adalah jenis2 artrisis  yang paling biasa berlaku . Walaupun ia boleh berlaku walaupun pada orang muda, risiko osteoartritis akan meningkat selepas umur 45. Menurut Yayasan Artritis, lebih daripada 27 juta orang di Amerika Syarikat mempunyai Osteoartritis  pada bahagian lutut dan wanita lebih cenderung mendapatnya berbanding lelaki.


Apa yang menyebabkan Lutut Osteoartritis?

Punca yang paling biasa osteoartritis lutut adalah umur. Hampir semua orang akhirnya akan mengalami beberapa tahap osteoartritis. Ada beberapa faktor meningkatkan risiko artritis yang ketara pada usia yang lebih awal iaitu:  


Umur

 Keupayaan untuk menyembuhkan rawan berkurangan apabila seseorang semakin dewasa.


• Berat

Berat meningkatkan tekanan ke atas semua sendi, terutamanya lutut. Setiap kilo pertambahan berat badan, anda boleh menyumbang 3 hingga 4 kilo beban berat tambahan pada lutut.


Keturunan

Mutasi genetik mungkin membuat seseorang lebih cenderung untuk mendapat osteoartritis lutut. Ia juga mungkin disebabkan oleh keabnormalan diwarisi dalam bentuk tulang-tulang yang mengelilingi sendi lutut.


Jantina
Wanita berumur 55 tahun dan lebih tua lebih cenderung berbanding lelaki untuk mendapat osteoartritis lutut.


Kecederaan tekanan berulang
Ini biasanya disebabkan oleh jenis pekerjaan seseorang. Terlalu banyak aktiviti yang boleh memberikan tekanan sendi seperti melutut, mencangkung, atau mengangkat barang berat lebih cenderung untuk mendapat  osteoartritis lutut kerana tekanan yang berterusan diberikan pada sendi.

Olahraga
 Atlet yang terlibat dalam bola sepak, tenis, atau jarak jauh berjalan mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoartritis lutut. Ini bermakna atlet harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan. Walau bagaimanapun, ia adalah penting untuk ambil perhatian bahawa senaman yang sederhana tetap menguatkan sendi dan boleh mengurangkan risiko osteoartritis. Tidak kurang tu juga, otot lemah di lutut boleh membawa kepada osteoartritis.

 
Lain-lain penyakit
Mereka  yang mengidap artritis reumatoid (arthritis kedua tertinggi), juga lebih cenderung untuk mendapat osteoartritis. Gangguan metabolik tertentu, seperti beban besi atau hormon pertumbuhan yang berlebihan turut meningkatkan risiko mendapat osteoarthritis.


Bagaimana Osteoartritis menjejaskan lutut kita?


1. Lutut yang sihat

Secara normal pada sendi yang sihat, tedapat tulang rawan pada hujung tulang. Tisu yang nipis dan lembut dikenali sebagai membran synovia
meliputi permukaan tersebut dan melepaskan cecair yang melincinkan lutut.
 
 
Tulang paha (Thigh bone)

Lutut adalah salah satu daripada sendi yang terbesar dalam badan, dan merupakan salah satu yang paling kompleks. Ia dibentuk oleh tulang shin (tibia), tulang paha (femur), dan tempurung lutut (patela).

Tulang rawan
Merupakan bahan elastik yang bertindak sebagai penyerap hentakan.

Membran sinovia

Garis membran sinovia ruang antara dua tulang (dipanggil rongga bersama) dan mengandungi cecair sinovial.


Bendalir sinovia

Cecair sinovial adalah cecair tebal yang melincinkan ruang lutut.


Shin Tulang

Tulang shin (tibia) disambungkan paha di lutut.



2.  Lutut yang mengalami Osteoartritis

Osteoartritis lutut bermula dengan kemerosotan rawan secara beransur-ansur. Tanpa tulang rawan pelindung, tulang mula tergesel bersama-sama dan menyebabkan rasa sakit, menjejaskan pergerakkan dan kecacatan.
 








Rawan yang terhakis (eroded cartilage)
Tulang rawan menjadi rosak dan beransur-ansur haus dan menyebabkan permukaan tulang bergesel antara satu sama lain.


Bendalir sinovia

Dalam lutut penghidap osteoartritis, cecair sinovial mungkin berkurang  dan kurang kenyal berbanding lutut yang sihat. Rawatan baru yang boleh dilakukan adalah dengan menyuntik  agen pelincir sintetik ke dalam cecair sendi (ini yang dilakukan oleh abah saya baru-baru ini)

 Apakah rawatan yang sesuai untuk membantu pesakit osteoarthrisis lutut?
 
1.  Rawatan Fizikal

Rawatan dengan menggunakan pek ais amat berguna sekiranya terdapat sakit sendi lutut yang akut (tiba-tiba). Untuk mengurangkan kekakuan sendi, rawatan dengan pek panas adalah berkesan. Senaman untuk menguatkan otot hadapan peha (quadriceps) adalah penting untuk menstabilkan sendi lutut. Pada masa yang sama, senaman untuk menggerakkan sendi lutut diperlukan untuk mengurangkan kekakuan sendi lutut. Anda boleh menggunakan seperti tongkat, ‘knee brace’ untuk mengurangkan beban ke atas sendi lutut tetapi jangan gunakan untuk jangka masa yang panjang kerana ia akan menyebabkan anda bergantung sepenuhnya dengan bantuan tersebut.


2.  Rawatan Farmakologi

Ubat-ubat yang boleh digunakan untuk merawat penyakit arthritis sendi lutut boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama adalah ubat yang mengurangkan simptom dan tanda-tanda. Kategori yang kedua adalah untuk mengubah struktur lapisan rawan sendi lutut. Ubat tahan sakit sepertiparacetamol dan tramadol amat biasa digunakan untuk mengurangkan sakit-sakit sendi. Pesakit yang selalu mengalami tanda-tanda seperti bengkak sendi, sakit dan panas sendi perlu dirawat menggunakan kumpulan ubatan Anti-Inflamasi Bukan Steroids.


Untuk mengubah struktur lapisan rawan sendi lutut, Gulcosamine Sulfate diberikan pada pesakit. Pelbagai penyelidikan perubatan telah menunjukkan betapa berkesannya glucosamine sulfate dalam mengurangkan tanda-tanda sakit serta meningkatkan pergerakan pada sendi. Penggunaan glucosamin sulfate pada jangka masa panjang juga dapat mencegah kerosakan struktur rawan pada sendi. Begitu juga dengan penggunaan Chondroitin Sulfate sebagai supplemen untuk merawat sendi.

Sumber rujukan :
http://www.webmd.com/osteoarthritis/
http://drhidayat.com/sakit-sendi-osteoartritis-simptom-diagnosis-dan-rawatan/
 


 
Selain daripada ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor, ada juga supplemen yang sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap sakit lutut ini. Suka saya ingin mencadangkan supaya pengambilan secara konsisten Set Sakit Lutut yang terdiri dari Advanced Joint Health Tablet (AJHT), Ostematrix dan Omega Guard.




Apa kata mereka yang telah mencuba Set Sakit Lutut ini?


Testimoni 1

Pengedar Shaklee Putrajaya, Set Sakit Lutut


Testimoni 2

Pengedar Shaklee Putrajaya, Set Sakit Lutut


Testimoni 3

Pengedar Shaklee Putrajaya, Set Sakit Lutut


Jadi, tunggu apa lagi kan? Kenapa membiarkan sakit lutut mengganggu aktiviti seharian kita?Jomla beli Set Sakit Lutut ni dan hadiahkan pada mak ayah dan orang-orang tersayang yang memerlukannya.
 

Dapatkan produk ini hari ini sebelum terlambat! Hubungi saya:

 
Puan Fazni Muhamad Puad
019-2667817 
COD di kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Puncak Jalil, Equine Park, Lestari Perdana, Dengkil, Sepang.
Penghantaran menggunakan Pos Laju ke seluruh negara!






Berminat menjadi AHLI SHAKLEE -------->> KLIK SINI
 
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 

7:00:00 AM Share:
About Naveed Iqbal

Nulla sagittis convallis arcu. Sed sed nunc. Curabitur consequat. Quisque metus enim venenatis fermentum mollis. Duis vulputate elit in elit. Follow him on Google+.

0 comments:

Proudly Powered by Blogger.
back to top